FoLLoweR

yanG menGunJunG.......

Jumaat, 26 Februari 2010

SESI KONSULTASI

Sesi konsultasi kebiasaannya dijalankan  untuk para pentadbir, guru-guru, staf pejabat dan staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga dan individu dari agensi kerajaan dan swasta. Perkongsian meliputi pelbagai maklumat yang diperlukan daripada kaunselor di Unit Bimbingan dan Kaunseling.

SESI KAUNSELING INDIVIDU dan SESI KAUNSELING KELOMPOK

Sesi kaunseling Individu adalah perkongsian maklumat bersama kaunselor secara individu.sesi kaunseling kelompok adalah sesi perkongsian lebih daripada seorang dan sebaik-baiknya tidak melebihi 8 orang.

PROGRAM MENTORMENTEE 2010

Semua guru terlibat dalam program mentor mentee untuk pelajar PMR dan SPM. Majlis penyerahan fail kepada mentor telah dilaksanakan dan dirasmikan oleh Puan Pengetua Pn Hjh  hamidah Bt Saman.

TEMUDUGA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010

Seramai 40 orang telah menghadiri temuduga untuk perlantikan PRS 2010. Sesi Temuduga telah dijalankan oleh kaunselor dan dibantu oleh PRS Perintis yang terdiri daripada PRS Tingkatan 5. Aspek yang dinilai ialah personaliti, minat, kemahiran komunikasi dan sikap. Senarai nama telah dibincangkan bersama PK HEM seterusnya mendapat persetujuan daripada guru.

AKTIVITI BERSAMA AGENSI DADAH KEBANGSAAN ( AADK) 2010

Seramai 40 orang pelajar telah menyertai program ini. Aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah dan tayangan slide mengenai bahaya merokok, dadah dan AIDS sera ciri-ciri anak yang baik. Semua pelajar telah menjalani ujian urine dengan pengawasan oleh  pegawai AADK dan kaunselor sekolah.

MAJLIS MAULIDURRASUL 1431 HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH

Pada 25 Februari 2010 Majlis sambutan Maulidurrasul telah dijalankan di peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya ialah berselawat, bacaan Al-Quran, bacaan terjemahan Al-Quran dan Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan yang dijemput khas dari  Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Semoga kita mendapat kekuatan untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam amalan harian kita, InsyaAllah.

PROGRAM BERSAMA BITARA UPSI DAN UBK SEMEKAP

Alhamdulillah program Bitara UPSI  untuk pelajar PMR dan SPM yang dijalankan selama tiga hari telah berjalan dengan jayanya.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010.

HARI PERSARAAN PENGETUA YANG DISAYANGI : PN HJH HAMIDAH BT SAMAN

Pada 23 Februari sambutan majlis persaraan pengetua Pn Hjh Hamidah Bt Saman telah dijalankan. Amanat terakhir Puan pengetua amat bermakna dan akan dijadikan azimat sepanjang kehidupan. Semoga Allah SWT memberikan kesejahteraan kepada puan pengetua sepanjang masa di hari persaraan kelak.Amin

Ikrar Pelajar PMR dan SPM 2010


Majlis Ikrar pelajar PMR dan SPM dijalankan pada minggu lepas. Saudari Shamim selaku ketua murid SMKAP mengetuai bacaan ikrar.Amanat dari mantan pengetua Pn Hjh Hamidah Bt Saman akan diingat dan sebagai motivasi  kepada pelajar bersemangat untuk belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi, InsyaAllah.

Khamis, 4 Februari 2010

Ahli Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2010.

Pengerusi:Puan Hajah Hamidah Bt Saman.
Naib Pengerusi:En. Mohd Suhaimi B Abdullah.
Setiausaha:EN. Mohd. Hafiz B Abu Bakar.
En. Mohd. Azimi B Kassim.
Puan Hajah Nur Liyana Bt Mohd. Ibrahim.
Guru Kanan Disiplin:En. Salihuddin B Lot.
AJK:Puan Syazwani Bt Mat Yazit.
En. Mohd Hurairoh B Suparman.
En. Ainul Amry Hafifi B Ahmad.
En. Mahadir Anak Nawar.
Puan Noor Ruladha Bt Mohamed.
Semua Penyelaras Tingkatan
(Peralihan HINGGA Tingkatan5)

PENGERUSI:FAKHRUL RUZI B ZULLAILI.
NAIB PENGERUSI:MUHAMAD AMIRUL.
SETIAUSAHA:SITI NOOR FARAHIMA BT ROSMIN.
NAIB SETIAUSAHA:NUR HIDAYAH BT MOHD SHAHRIN FUADDI.
BENDAHARI:NUR ATHIRAH BT AZALI.
NAIB BENDAHARI:AHMAD SHAHIR.