FoLLoweR

yanG menGunJunG.......

Rabu, 12 Januari 2011

Berat Sebelah................

Salam...erm...x tau la nak cakap aper..sama ader aq perlu pergi ke vokasional ke idak...aq bru dapat berita tadi yang pengetua sekolah vokasional seri manjung baru ajer call ayah aq...erm...berat sebelah sebenarnya aq nak tinggalkn sekolah ampang pecah ni..especially member2 aq iaitu afnan,syafika,nizam,amira,rahim,amir kedah DLL dari kelas Form 4...tapi kalo aq fikir dari segi positive...mmg tuk future aq...erm...mak ayah aq memag nak sgt aq masuk vok ni...hurm....

Sabtu, 26 Jun 2010

KURSUS BERSIRI PRS 2010

Semua PRS perlu menjalani kursus secara bersiri. Sebanyak 2 kursus telah diadakan. Antara pengisian kurus ialah Siapa PRS, etika PRS, prinsip PRS, peranan PRS, Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan PRS, pengurusan masa. Disamping itu latihan komunikasi juga dijalankan dan setiap PRS perlu membentangkan hasil kerja masing2. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu aktiviti ice breaking dan diikuti oleh ahli PRS yang lain. Pemantauan BUKU LOG PRS dari masa ke semasa dijalankan oleh kanselor. PRS yang mempunyai klien terbanyak dianugerahkan TOKOH PRS 2010.

PERTANDINGAN FOLIO DIRI PRS 2010

Semua PRS dikehendaki menyediakan folio diri. Semua PRS telah didedahkan tentang inventori psikologi di UBK. Setiap pRS mempunyai mentor dan mentee. Mentor yang terdiri dari pelajar tg 5 akan membimbing mentee menyiapkan inventori yang ditetapkan. Antara inventori yang perlu dibuat ialah :
SDS, IPS, IPW, IGB, STRESS, KEMURUNGAN, TABIAT BELAJAR, JEPI, ABJZ DAN INPS. Setiap inventori perlu dikaitkan dengan diri dan penilaian secara jujur.

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK - IKBN





 

Selama 2 hari kursus diadakan dari jam 8.30 pg - 5.00 ptg. Antara kursus yang diikuti ialah masakan western food, facial and basic make up, fotografi, gunting rambut, pramu saji dan continental & cakes. Terima Kasih IKBN.

Sambutan hari guru 2010


Sebagai tanda penghargaan kepada semua guru, Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMEKAP dan PRS menghadiahkan cenderahati kepada semua guru sebagai tanda sayang dan terima kasih...

KAUNSELING BERFOKUS SPM 2010





Aktiviti dijalankan di bilik kaunseling sepanjang tahun. Perkongsian maklumat bersama kaunselor. Prestasi pelajar dipantau dari masa ke semasa.

Program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)

PROGRAM ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ) 2010



TARIKH : 21 jun 2010
HARI : ISNININ
MASA : 8.30 PG - 1.10PTG
SASARAN : SEMUA PELAJAR TG. 3,4 DAN 5 (ISLAM)
RHAUDATUS SAKINAH MASTERING TRAINING &; CONSULTANCY DAN UBK SEMEKAP

Jumaat, 26 Mac 2010

LUAHAN RASA CORNER
































Alhamdulillah ..luahan rasa corner diluar bilik kaunseling mendapat respond positif dari pelajar SEMEKAP dan pelajar lepasan SPM. Kata-kata positif kalian memberi perangsang kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan .....Syabas!

PROGRAM ANDA KAMI SAYANG














Pada 25 Mac 2010, hari Khamis UBK dengan usaha sama pelatih UPSI semester 4 BNK telah mengadakan program pencegahan dadah yang bertemakan "Cakna diri, jauhi dadah'. Seramai 50 orang peserta  yang dipilih oleh Unit HEM untuk menyertai program ini.Manakala fasilitator UPSI seramai 15 orang. Program telah berjalan dari 8.00 pagi hingga 1.10 ptg. Majlis penutup telah dirasmikan oleh PK Akademik, Tn Hj Mokhtar B. Hussin dan dihadiri oleh PK Hem dan PK Ko Kurikulum. Program ini juga telah dirakam oleh pihak Awani Oasis untuk rancangan U-Wartawan.

Sabtu, 13 Mac 2010

TESTIMONI PELAJAR PROGRAM LEPASAN SPM
















SESI KAUNSELING UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM














PROGRAM PELAJAR LEPASAN SPM




Program khas untuk pelajar lepasan SPM telah diadakan pada hari Khamis dan Jumaat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pameran Kerjaya oleh Kolej dan instutusi Swasta. Antara kolej yang terlibat ialah Kolej PTPTL, Institut Perubatan Mantin, Kolej Komuniti dan Kolej Massa. Kaunselor menyediakan ruang untuk perkongsian bersama pelajar dan ibubapa yang hadir. Program ini akan diteruskan selepas cuti sekolah kelak.