FoLLoweR

yanG menGunJunG.......

Sabtu, 26 Jun 2010

KURSUS BERSIRI PRS 2010

Semua PRS perlu menjalani kursus secara bersiri. Sebanyak 2 kursus telah diadakan. Antara pengisian kurus ialah Siapa PRS, etika PRS, prinsip PRS, peranan PRS, Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan PRS, pengurusan masa. Disamping itu latihan komunikasi juga dijalankan dan setiap PRS perlu membentangkan hasil kerja masing2. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu aktiviti ice breaking dan diikuti oleh ahli PRS yang lain. Pemantauan BUKU LOG PRS dari masa ke semasa dijalankan oleh kanselor. PRS yang mempunyai klien terbanyak dianugerahkan TOKOH PRS 2010.

PERTANDINGAN FOLIO DIRI PRS 2010

Semua PRS dikehendaki menyediakan folio diri. Semua PRS telah didedahkan tentang inventori psikologi di UBK. Setiap pRS mempunyai mentor dan mentee. Mentor yang terdiri dari pelajar tg 5 akan membimbing mentee menyiapkan inventori yang ditetapkan. Antara inventori yang perlu dibuat ialah :
SDS, IPS, IPW, IGB, STRESS, KEMURUNGAN, TABIAT BELAJAR, JEPI, ABJZ DAN INPS. Setiap inventori perlu dikaitkan dengan diri dan penilaian secara jujur.

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK - IKBN





 

Selama 2 hari kursus diadakan dari jam 8.30 pg - 5.00 ptg. Antara kursus yang diikuti ialah masakan western food, facial and basic make up, fotografi, gunting rambut, pramu saji dan continental & cakes. Terima Kasih IKBN.

Sambutan hari guru 2010


Sebagai tanda penghargaan kepada semua guru, Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMEKAP dan PRS menghadiahkan cenderahati kepada semua guru sebagai tanda sayang dan terima kasih...

KAUNSELING BERFOKUS SPM 2010





Aktiviti dijalankan di bilik kaunseling sepanjang tahun. Perkongsian maklumat bersama kaunselor. Prestasi pelajar dipantau dari masa ke semasa.

Program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)

PROGRAM ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ) 2010



TARIKH : 21 jun 2010
HARI : ISNININ
MASA : 8.30 PG - 1.10PTG
SASARAN : SEMUA PELAJAR TG. 3,4 DAN 5 (ISLAM)
RHAUDATUS SAKINAH MASTERING TRAINING &; CONSULTANCY DAN UBK SEMEKAP