FoLLoweR

yanG menGunJunG.......

Khamis, 30 Julai 2009

KEM PRS PROSTAR

Pada tanggal 17-20 julai 2009.Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah (BESTARI) telah menghantar 4 orang pelajar untuk mengikuti Kem PRS PROSTAR.Kem ini telah diadakan di Ulu Bernam selama 4 hari 3 malam.Seramai 47 para remaja dari sekolah yang terpilih telah pun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan semasa berada di kem ini.PROSTAR ialah `PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA`.Kem ini diadakan supaya membolehkan remaja yang dihantar ke kem ini bermaklumat, bijak untuk bertindak dan AIDS juga dapat dielakkan.Program ini telah dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malasia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha memperkasakan pengetahuan dan tingkahlaku remaja dalam arah amalan cara hidup yang sihat terutamanya dari aspek pencegahan dan kawalan HIV/AIDS.Program ini dapat menggerakkan remaja sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah cara hidup sihat dengan berkonsepkan "OLEH REMAJA, MELALUI REMAJA, DAN UNTUK REMAJA".Selama 4 hari 3 malam,dan seramai 4 pelajar yang telah mengikuti kem ini.Mereka adalh Nur Adha Hakim Bin Zulkiflee, Muhamad Afig Bin Ahmad Fadzil, Siti Noor Farahima Bt Rosmin dan Nur Atiqah Bt Bakri mereka adalah pelajar dari tingkatan 4.Tedapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan.Selain itu terdapat juga ceramah yang dapat membantu para remaja.Diantara ceramah yang telah didengarkan ialah Apa Itu PROSTAR, HIV/AIDS, Manisnya Menjadi Teruna dan Dara, Sosial dan Remaja, Menolak Tekanan Rakan Sebaya, Rokok, Dadah dan Alkohol, Motivasi Remaja, Indahnya Kehidupan (Mandi Jenazah) dan Pengenalan Kepada Modul Baru PROSTAR Sekolah.Setelah menghadiri Kem PROSTAR ini pelajar dapat mengetahui apa itu HIV/AIDS iaitu bagaimana ia merebak, bagaimana untuk mencegah dan bagaimana untuk menghadapi tekanan yang menghampiri diri para penghidap HIV/AIDS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan