FoLLoweR

yanG menGunJunG.......

Khamis, 6 Ogos 2009

SEMINAR PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Seminar Pembimbing Rakan Sebaya telah pun diadakan di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu.Pada hari Khamis 6 Ogos 2009.Seminar ini diadakan adalah untuk membentuk seorang pelajar yang mampu membimbing rakan yang mempunyai masalah.Tetapi perkara yang harus ada pada seorang PRS ini adalah cara berkomunikasi yang berkesan.Komunikasi yang berkesan ini harus ada pada seorang PRS itu untuk membolehkan rakannya berkongsi masalah.Komunikasi adalah proses berkongsi makna sesuatu mesej di antara pengirim dan juga penerima.
Ketika Berada di seminar ini pelbagai aktiviti yang dilakukan iaitu mengenali rakan baru,menyanyikan lagu PRS, dan aktiviti berkumpulan.Pelbagai pengalaman yang diperoleh semasa di seminar ini adalah seorang PRS mestilah menjadi pendengar yang baik,berfikiran yang terbuka,berterus terang,mempunyai sifat empati dan menguasai kemahiran bercakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan