FoLLoweR

yanG menGunJunG.......

Khamis, 6 Ogos 2009

SIAPA AHLI PRS??

Pembimbing rakan sebaya (PRS) merupakan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan prestasi akademik yang baik, sahsiah yang cemerlang serta bertanggungjawab bagi membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. PRS merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini. Bagi melaksanakan tugas sebagai seorang ahli PRS, pelajar tersebut perlulah diberi latihan dan kemahiran asas tertentu agar mereka dapat membantu rakan mereka yang memerlukan bimbingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan